CARA JIMAT CUKAI SYARIKAT SDN BHD

Berikut adalah cara jimat cukai syarikat yang ramai syarikat sdn bhd buat. Cara yang dikemukakan adalah sah disisi undang-undang

1. Cara Jimat Cukai Syarikat: Ambil Pekerja Yang Berusia 60 Tahun

Kerajaan memberikan insentif cukai kepada syarikat yang mengambil warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dengan memberikan pelepasan cukai.

Selain daripada itu, ianya adalah untuk pengambilan kakitangan yang gaji bulanannya tidak melebihi RM4,000.

Bolehlah kita menggajikan mereka bagi menjalankan kerja-kerja ringan sambil mengisi masa lapang dan mendapat peluang menambah pendapatan.

Bacaan lanjut: DAFTAR SDN BHD ONLINE

2. Cara Jimat Cukai Syarikat: Menyediakan Peluang Pekerjaan Kepada Insan OKU

Bagi majikan yang memberikan peluang pekerjaan kepada insan orang kurang upaya (OKU), akan diberi pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara berganda.

Bukan itu sahaja, malahan majikan juga akan diberi pelepasan cukai 1/10 daripada jumlah perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan seperti kemudahan tandas dan bangunan yang mesra OKU.

3. Cara Jimat Cukai Syarikat: Galakkan Bekerja Dari Rumah

Dengan menggalakkan pekerja bekerja dari rumah, bil elektrik, internet, air dan sebagainya dapat dikurangkan dan ianya pasti mengurangkan bil serta cukai yang perlu dibayar.

4. Cara Jimat Cukai Syarikat: Berbelanja Dengan Bijak

Bagi menjimatkan cukai syarikat, ianya berkait rapat dengan pengurusan kewangan. Dalam hal ini, kita haruslah berbelanja dengan bijak dan mendapatkan bantuan daripada agen cukai untuk membantu.

Jangan lupa untuk menyimpan segala dokumen yang berkaitan dengan penjimatan cukai seperti resit, invois dan sebagainya.

Kesimpulannya, banyak lagi cara untuk jimatkan cukai syarikat yang ramai tak tahu. Mungkin dengan cara di atas pun sudah membuatkan penjimatan yang cukup besar kepada syarikat.

Cara Jimat Cukai