KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM

Proses pendaftaran Sdn Bhd adalah tertakluk dibawah Akta Syarikat 2016. Anggaran kos daftar sdn bhd ssm Malaysia adalah diantara RM2000 sehingga RM 3000. Jika anda ingin mendapatkan harga promosi, sila klik link dibawah

PROSES DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM MALAYSIA

Untuk memulakan proses daftar syarikat sdn bhd ssm Malaysia anda perlu terlebih dahulu melantik syarikat setiausaha bertauliah yang akan membantu menubuhkan syarikat sdn bhd anda dari A-Z.

Pun begitu, sebelum berjumpa dengan syarikat setiausaha, anda dinasihatkan untuk menyediakan dokumen dan maklumat tertentu bagi melicinkan proses penubuhan syarikat anda.

Maklumat yang diperlukan seperti:

1) Cadangan nama syarikat (minimum 3 nama).
2) Cadangan aktiviti perniagaan syarikat (maksimum 3 aktiviti).
3) Cadangan akaun bank syarikat (minimum 1 bank)/ Jika tiada pun tidak apa.
4) Alamat tempat tinggal bakal pengarah syarikat (jika berbeza dengan KP).
5) Alamat tempat tinggal bakal pemegang saham syarikat (jika berbeza dengan KP).

Dokumen sokongan lain yang diperlukan adalah seperti:

1) Salinan kad pengenalan bakal pengarah syarikat.
2) Salinan kad pengenalan bakal pemegang saham syarikat.

Setelah semua maklumat dan dokumen yang dinyatakan diatas anda sediakan, buat temujanji untuk berjumpa dengan syarikat setiausaha pilihan anda.

Sesetengah syarikat setiausaha menghendaki bayaran penuh dibuat diawal proses penubuhan manakala sesetengah yang lain membenarkan anda membuat pembayaran deposit sahaja bagi memulakan proses penubuhan.

Tempoh diantara 5 ke 10 hari bekerja diperlukan untuk syarikat setiausaha menyiapkan proses penubuhan syarikat sdn bhd anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Diakhir proses diatas, SSM akan mengeluarkan sijil penubuhan syarikat sdn bhd (Seksyen 17) menandakan syarikat sdn bhd anda telah tertubuh dengan jayanya. Sebelum menyerahkan sijil tersebut kepada anda, syarikat setiausaha kebiasaannya akan menyediakan dokumen lengkap syarikat seperti :

1) Seksyen 58 (Butir-butir pendaftaraan pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat)
2) Seksyen 78 (Pulangan perumpukan saham)
3) Seksyen 46 (Notis alamat pejabat berdaftar)

Kesemua sijil dan dokumen lengkap syarikat diatas akan diserahkan oleh syarikat setiausaha kepada anda.

Dengan penerimaan kesemua sijil-sijil, menandakan syarikat sdn bhd anda telah siap tertubuh dan sedia untuk dijalankan.

Bacaan lanjut: CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD

KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM

KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM

Berikut adalah contoh kos daftar sdn bhd ssm malaysia yang selalunya termasuk didalam pakej pendaftaran;

KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM : KOS BAYARAN SSM

Ini termasuk permohonan nama dan kos bayaran untuk serah simpan maklumat penuh ke SSM.

KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM : KOS PENYEDIAAN DOKUMEN

Kos penyediaan dokumen dan masukkan data – Ini adalah kos penyediaan dokumen dan borang yang diperlukan untuk dihantar kepada SSM. Kos ini berbeza antara satu sama lain dan bergantung kepada lokasi pejabat setiausaha berkenaan. Ada sesetengah urusan yang perlu dilakukan di pejabat SSM dan tentunya semakin jauh lokasi penjabat setiausaha tersebut dari pejabat SSM, semakin tinggi kosnya

KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM : KOS FEE SETIAUSAHA SYARIKAT

Kos fee setiausaha syarikat – Ini adalah kos khidmat professional setiausaha syarikat. Apabila anda melantik setiausaha syarikat, anda sepatutnya mempunyai akses setiap masa kepada setiausaha tersebut. Anda boleh bertanya dan berbincang apa sahaja masalah serta mendapatkan pandangan. Kos ini di kenakan setiap bulan, ada yang kenakan kos ini untuk 12 bulan terus. Bergantung kepada setiausaha untuk tetapkan.

KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM : KOS PENYEDIAAN DOKUMEN BANK

Kos penyediaan resolusi bank – setelah sempurna syarikat di tubuhkan, untuk membuka akaun bank, perlu ada resolusi syarikat yang di sediakan dan di tandatangan oleh setiausaha syarikat. Banyak akaun yang nak di buka, maka kosnya lebih la.

KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM : KOS PENYEDIAAN DOKUMEN PENGARAH

Jumlah pengarah – Ada juga sesetengah setiausaha syarikat menetapkan, kalu syarikat yang di miliki oleh lebih dari jumlah pengarah tertentu, kosnya berbeza.

KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM : KOS ALAMAT BERDAFTAR

Ada sesetengah syarikat tidak mempunyai ofis ketika ditubuhkan dan menggunakan alamat setiausaha syarikat. Oleh itu ada setiausaha syarikat yang mengenakannya fee berasingan berasingan. Jadi sila semak juga

Bacaan lanjut kos daftar sdn bhd ssm Malaysia: KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM