Contents
- 1 1. CIRI-CIRI SYARIKAT ENTERPRISE: MUDAH DITUBUHKAN
- 1.0.1 2. CIRI-CIRI SYARIKAT ENTERPRISE: MURAH DITUBUHKAN
- 1.0.2 3. CIRI-CIRI SYARIKAT ENTERPRISE: DIYAKINI DAN ADA KREDIBILITI
- 1.0.3 4. CIRI-CIRI SYARIKAT ENTERPRISE: BOLEH BUKA AKAUN SEMASA
- 1.0.4 1. KELEMAHAN SYARIKAT ENTERPRISE: TANGGUNGAN LIABILITI TIDAK TERHAD
- 1.0.5 2. KELEMAHAN SYARIKAT ENTERPRISE: RENDAH KREDIBILITI
- 1.0.6 3. KELEMAHAN SYARIKAT ENTERPRISE: TIADA KESINAMBUNGAN
- 1.0.7 4. KELEMAHAN SYARIKAT ENTERPRISE: SUPPORT YANG KURANG
- 1.0.8 5. KELEMAHAN SYARIKAT ENTERPRISE: TIDAK BOLEH DIWARISI
Syarikat enterprise atau milikan tunggal merupakan salah satu entiti perniagaan yang popular di malaysia. Setakat ini hampir 7 juta perniagaan telah didaftarkan dengan syarikat enterprise kerana kelebihan enterprise yang mesra bisnes di peringkat permulaan.
Antara ciri-ciri utama mendaftarkan perniagaan enterprise dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah:
1. CIRI-CIRI SYARIKAT ENTERPRISE: MUDAH DITUBUHKAN
Untuk menubuhkan enterprise anda boleh lakukannnya sendiri. Anda tidak memerlukan bantuan pihak ketiga seperti setiausaha syarikat atau ejen pendaftaran.
Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna di portal SSM EZBIZ. Isikan maklumat yang diperlukan dan buat pembayaran. Secara amnya permohonan anda akan diluluskan dalam 3-5 hari bekerja.
Penerangan lanjut mengenai pendaftaran SSM EZBIZ di entri berikut: DAFTAR SSM ONLINE.
2. CIRI-CIRI SYARIKAT ENTERPRISE: MURAH DITUBUHKAN
Kelebihan enterprise berbanding enterprise adalah kos tahunan yang murah.Berikut adalah kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun
A .Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
B .perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
C. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
D. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST).
3. CIRI-CIRI SYARIKAT ENTERPRISE: DIYAKINI DAN ADA KREDIBILITI
Dengan nombor perniagaan SSM, anda akan lebih dipercayai kerana anda telah mendaftar perniagaan anda secara sah disisi undang-undang.
4. CIRI-CIRI SYARIKAT ENTERPRISE: BOLEH BUKA AKAUN SEMASA
Dengan enterprise, anda sudah boleh membuka akaun perniagaan di bank. Jadi ada tidak perlu lagi menggunakan akaun personal anda. Transaksi yang terlalu banyak pada akaun personal boleh menyebabkan akaun personal anda dibekukan
Walapun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada syarikat enterprise yang perlu diambil perhatian oleh pemilik bisnes. Berikut adalah 5 kelemahan syarikat enterprise
1. KELEMAHAN SYARIKAT ENTERPRISE: TANGGUNGAN LIABILITI TIDAK TERHAD
Perniagaan dan owner entiti sama, maka dia mempunyai tanggungan yang tidak terhad ke atas semua hutang piutang bisnes.
2. KELEMAHAN SYARIKAT ENTERPRISE: RENDAH KREDIBILITI
Sukar bagi pemilik mendapatkan pinjaman besar daripada institusi kewangan atau pihak pelabur yang lain.
3. KELEMAHAN SYARIKAT ENTERPRISE: TIADA KESINAMBUNGAN
Jika owner hilang keupayaan, kebarangkalian bisnes akan musnah.
4. KELEMAHAN SYARIKAT ENTERPRISE: SUPPORT YANG KURANG
Semua kuasa dan kawalan bisnes ditangan owner maka beban kerja ditanggung lebih berat.
5. KELEMAHAN SYARIKAT ENTERPRISE: TIDAK BOLEH DIWARISI
Mati owner, matilah bisnes. Tiada wujud konsep warisan yang berterusan seperti syarikat.
Sekiranya anda ingin upgrade ke sdn bhd, anda boleh ikut link berikut: Upgrade Ke Sdn Bhd
