5 CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD

Untuk mana-mana individu yang berminat untuk memulakan syarikat sdn bhd, individu tersebut mesti tahu tentang ciri-ciri syarikat sdn bhd. Seterusnya individu tersebut perlulah mempunyai sasaran berkenaan hala tuju, potensi, dan jangkaan berapa lama perniagaan tersebut boleh bertahan di dalam pasaran di sesebuah negara. 

Bacaan lanjut: Ciri-Ciri Syarikat Enterprise

PENDAFTARAN SYARIKAT SDN BHD

Namun, apabila individu tersebut ingin mengorak langkah untuk memulakan perniagaan, individu tersebut akan akan memulakan proses pendaftaran syarikat sdn bhd di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Syarikat Sdn. Bhd. adalah sesuai untuk pemilik perniagaan yang ingin mengembangkan perniagaannya dengan lebih besar dan teratur dari segi rekod perniagaan dan kewangan syarikat. 

Penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. memerlukan khidmat dari pihak ketiga iaitu setiausaha syarikat untuk membantu dalam pendaftaran syarikat, menyelia, merekod, dan memastikan Lembaga Pengarah mematuhi garis panduan yang dinyatakan di dalam Akta Syarikat.

CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD YANG PATUT ANDA TAHU

Berikut merupakan ciri-ciri Syarikat Sdn Bhd yang didaftarkan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):

CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD 1: Konsep entiti yang berbeza.

Syarikat Sdn. Bhd. dan pemilik adalah berbeza. Syarikat adalah satu entiti yang sah di sisi undang-undang dan boleh memiliki aset di bawah nama Syarikat, bukannya individu tersebut.

CRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD 2: Konsep tanggungan atau liabiliti terhad.

Pemilik syarikat hanya akan mengalami kerugian setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtiharkan muflis.

CRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD 3: Konsep kesinambungan/berterusan.

Pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan sekiranya pemilik syarikat meninggal dunia. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal

CRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD 4: Konsep percukaian.

Syarikat perlu menghantar dan menyelesaikan percukaiannya sendiri. Percukaian tersebut adalah berbeza daripada konsep percukaian yang dikenakan terhadap milikan tunggal.

CRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD 5: Konsep tanggungjawab.

Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan setiap tahun oleh sesebuah syarikat iaitu serahan tahunan, serahan penyata kewangan yang diaudit dan serahan laporan cukai tahunan. Pengarah didenda sehingga RM 50,000 atau penjara bagi setiap kesalahan jika gagal menyerahkan 3 perkara di atas.

KELEBIHAN SDN BHD BERBANDING ENTERPRISE

Secara amnya enterprise dan syarikat sdn bhd masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Namun Syarikat Sdn Bhd dapat menjaminkan perniagaan tersebut berkekalan dengan adanya konsep entiti, dan pelabur saham yang baru dapat memastikan perniagaan tersebut berkekalan walaupun pemilik perniagaan tersebut telah lama meninggal dunia. 

Manakala jika pemilik tunggal perniagaan meninggal dunia, perniagaan tersebut tidak dapat diwariskan atau diteruskan oleh ahli keluarga atau rakannya.

Ciri-ciri syarikat sdn bhd

1 thought on “5 CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD”

Comments are closed.