3 SYARAT TUBUH SYARIKAT SDN BHD SSM

Syarikat sendirian berhad atau syarikat sdn bhd adalah sejenis entiti perniagaan dengan bermatlamatkan keuntungan. Syarat Tubuh Syarikat Sdn Bhd SSM ini dikawal selia oleh Akta Syarikat 2016.

3 SYARAT TUBUH SYARIKAT SDN BHD SSM

Kini anda telah faham akan kelebihan sdn bhd. Berikut adalah 4 syarat daftar sdn bhd SSM;

1. SYARAT TUBUH SYARIKAT SDN BHD SSM: 1 ORANG PENGARAH & 1 ORANG PEMEGANG SAHAM

Untuk menubuhkan syarikat sdn bhd, minimum hanya 1 orang pengarah syarikat yang mempunyai alamat kediaman di Malaysia diperlukan. Selain itu, minimum hanya 1 orang pemegang saham juga diperlukan bagi melengkapkan proses penubuhan. Pengarah dan pemegang saham syarikat boleh dikalangan orang yang sama.

SILA pastikan pengarah tidak muflis, tiada senarai hitam SSM dan tiada senarai hitam Bank. Tiga kriteria pengarah ini sekiranya tiada halangan akan memudahkan proses pendaftaran.

Contoh senarai hitam SSM adalah sekiranya anda anda penalty yang berpunca dari syarikat sdn bhd yang anda miliki sebelum ini. Makanya anda harus selesaikan terlebih dahulu sebelum mendaftarkan syarikat sdn bhd baru ini.

Manakala bagi senarai hitam bank contohnya anda mempunyai rekod cek tendang sebanyak 3 kali dalam tempoh had tertentu oleh bank. Proses mendaftarkan Sdn Bhd boleh di lakukan tetapi anda tidak boleh buka akaun bank semasa. Kebanyakkan yang mendaftarkan sdn bhd, mereka ini kebiasaanya memiliki akaun semasa untuk memudahkan urusan perniagaan.

2. SYARAT TUBUH SYARIKAT SDN BHD SSM: MENGGUNAKAN NAMA YANG DILULUSKAN SSM

Berikan 3 cadangan carian nama syarikat sdn bhd SSM. Ini membolehkan carian nama syarikat sdn bhd online yang pantas sekiranya satu nama syarikat sdn bhd ditolak.

Pengarah syarikat sdn bhd online hendaklah menyatakan maksud nama syarikat tersebut dan carian nama syarikat perlulah berkait rapat dengan sifat perniagaan tersebut. Carian nama syarikat yang telah sedia ada tidak boleh diguna pakai oleh pemilik syarikat yang ingin menubuhkan syarikat yang baru.

Bacaan lanjut mengenai nama syarikat sdn bhd: Panduan carian nama sdn bhd

3. SYARAT TUBUH SYARIKAT SDN BHD SSM: MELANTIK SETIAUSAHA SYARIKAT

Syarikat sdn bhd diwajibkan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat yang dinyatakan oleh Akta Syarikat 2016 samada dengan menggajinya bekerja dengan syarikat atau mendapatkan perkhidmatan syarikat setiausaha.

SYARAT TUBUH SYARIKAT SDN BHD SSM