Contents
Secara asasnya terdapat 3 jenis penyata kewangan yang utama:
1. Kunci kira-kira (Balance Sheet)
Turut dikenali sebagai penyatan kedudukan atau keadaan kewangan.
Laporan ini menyatakan berkenaan aset, ekuiti dan liabiliti pemilik syarikat dalam tempoh tertentu.
2. Penyata pendapatan (Income Statement)
Juga dikenali sebagai penyata untung rugi, di mana ia menyatakan keseluruhan pendapatan, untung dan belanja dalam suatu jangka masa perakaunan.
Ia juga mengira jualan dan lain-lain belanja semasa pemprosesan.
3. Penyata aliran tunai (Cashflow Statement)
Melaporkan aktiviti aliran tunai syarikat dalam operasi, pelaburan dan kewangan.
Memaklumkan segala aliran tunai syarikat, sama ada transaksi duit masuk atau keluar.
Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: aliran tunai daripada aktiviti operasi, aliran tunai daripada aktiviti pelaburan dan aliran tunai daripada aktiviti kewangan.
SERVIS PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN
Sekiranya anda memerlukan bantuan penyediaan penyata kewangan, dapatkan khidmat kami.
Dengan pakej rendah antara RM600 hingga RM800 sebulan berbanding khidmat akauntan lain, kami boleh membantu mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran serta dapat mempertingkatkan pengurusan dan kawalan kewangan. Penyata kewangan disediakan mengikut polisi dan amalan perakaunan yang digunapakai di Malaysia, sekaligus dapat membantu pemilik syarikat merancang cukai di peringkat awal.
