MODAL BUKA SYARIKAT SDN BHD

Syarikat Sdn Bhd tertakluk dibawah Akta Syarikat 2016. Secara amnya, modal buka syarikat sdn bhd diantara RM 2000 ke RM 3000. Bagi mendapatkan harga promosi, sila klik link dibawah

Modal buka syarikat sdn bhd

3 LANGKAH MUDAH DAFTAR SDN BHD

Langkah Daftar Sdn Bhd 1: Lantik Setiausaha Syarikat Untuk Daftar Sdn Bhd

Proses Daftar Sdn bhd akan menjadi lebih mudah apabila melalui setiausaha syarikat. Setiausaha syarikat sdn bhd adalah seorang yang berlesen & mempunyai pengalaman yang luas dalam menjalankan tugas-tugas pematuhan akta syarikat. Mereka akan menerangkan secara jelas dari proses daftar sdn bhd sehingga mengurus syarikat sdn bhd.

Anda tidak lagi perlu pening kerana semuanya diuruskan oleh setiausaha syarikat sdn bhd. Sebarang persoalan anda mengenai daftar syarikat sdn bhd akan dijawab. Anda juga boleh mengelakkan kesalahan dalam pendaftaran syarikat sdn bhd yang boleh merugikan masa anda atau kerugian beribu ringgit.

Langkah Daftar Sdn Bhd 2: Sediakan Maklumat Daftar Sdn Bhd

Apabila anda ingin daftar Sdn Bhd, anda perlu memberikan beberapa maklumat penting kepada setiausaha syarikat sdn bhd.

Pertama anda perlu berikan nama syarikat sdn bhd. Pastikan nama itu adalah unik dan jelas merujuk kepada bisnes anda. Elakkan guna perkataan khusus seperti ‘persekutuan, sultan, Malaysia kerana perkataan ini adalah dilarang. Elakkan juga mencampur pelbagai bahasa dalam satu nama.

Baca panduan nama syarikat unik di artikel ini

Kedua, anda perlu berikan maklumat berkaitan bisnes seperti aktiviti utama bisnes alamat operasi, email dan no telefon. Setiausaha syarikat sdn bhd akan membantu anda dalam memilih kod bidang daftar sdn bhd yang bersesuian.

Ketiga, berikan maklumat berkaitan pengarah. Pengarah adalah individu yang menjalankan operasi syarikat. Untuk dilantik sebagai pengarah, seseorng itu perlulah berumur 18 tahun keatas dan tidak bankrap.

Keempat berikat maklumat berkaitan pemegang saham. Pemegang saham adalah pemilik syarikat sdn bhd. Namun mereka tidak menjalankan operasi secara lansung, sebaliknya menyerahkan tanggungjawab ini kepada pengarah yang dilantik. Pemegang saham boleh melantik dah memecat pengarah melalui mesyuarat agung.

Langkah Daftar Sdn Bhd 3: Mulakan Proses Daftar Sdn Bhd

Setelah semua maklumat daftar sdn bhd diberikan kepada setiausaha syarikat sdn bhd, proses daftar sdn bhd dengan SSM boleh dimulakan. Kebiasaanya, proses pendaftaran mengambil 3-5 hari berkerja.

MODAL BUKA SYARIKAT SDN BHD

Kebiasannya modal untuk buka syarikat sdn bhd adalah diantara RM2000 sehingga RM 3000. Berikut adalah pecahan kos daftar sdn bhd selalunya termasuk didalam pakej pendaftaran;

MODAL BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM 1 : KOS BAYARAN SSM

Ini termasuk permohonan nama dan kos bayaran untuk serah simpan maklumat penuh ke SSM.

MODAL BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM 2 : KOS PENYEDIAAN DOKUMEN

Kos penyediaan dokumen dan masukkan data – Ini adalah kos penyediaan dokumen dan borang yang diperlukan untuk dihantar kepada SSM. Kos ini berbeza antara satu sama lain dan bergantung kepada lokasi pejabat setiausaha berkenaan. Ada sesetengah urusan yang perlu dilakukan di pejabat SSM dan tentunya semakin jauh lokasi penjabat setiausaha tersebut dari pejabat SSM, semakin tinggi kosnya

MODAL BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM 3 : KOS FEE SETIAUSAHA SYARIKAT

Kos fee setiausaha syarikat – Ini adalah kos khidmat professional setiausaha syarikat. Apabila anda melantik setiausaha syarikat, anda sepatutnya mempunyai akses setiap masa kepada setiausaha tersebut. Anda boleh bertanya dan berbincang apa sahaja masalah serta mendapatkan pandangan. Kos ini di kenakan setiap bulan, ada yang kenakan kos ini untuk 12 bulan terus. Bergantung kepada setiausaha untuk tetapkan.

MODAL BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM 3 : KOS PENYEDIAAN DOKUMEN BANK

Kos penyediaan resolusi bank – setelah sempurna syarikat di tubuhkan, untuk membuka akaun bank, perlu ada resolusi syarikat yang di sediakan dan di tandatangan oleh setiausaha syarikat. Banyak akaun yang nak di buka, maka kosnya lebih la.

MODAL BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM 4 : KOS PENYEDIAAN DOKUMEN PENGARAH

Jumlah pengarah – Ada juga sesetengah setiausaha syarikat menetapkan, kalu syarikat yang di miliki oleh lebih dari jumlah pengarah tertentu, kosnya berbeza.

KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM : KOS ALAMAT BERDAFTAR

Ada sesetengah syarikat tidak mempunyai ofis ketika ditubuhkan dan menggunakan alamat setiausaha syarikat. Oleh itu ada setiausaha syarikat yang mengenakannya fee berasingan berasingan. Jadi sila semak juga

UPGRADE ENTERPRISE KE SDN BHD UNTUK 5 KELEBIHAN BERIKUT

Enterprise sememangnya pilihan yang lebih mudah dan murah untuk memulakan bisnes. Walaubagaimanpun, ia bukanlah pilihan yang terbaik untuk anda terus berkembang dan pergi lebih jauh dalam bisnes anda. Dengan daftar Sdn Bhd, anda akan mendapat lebih nilai seperti dibawah ini:

1. Krediliti yang kukuh

Pihak supplier, bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.

2. Liabiliti Terhad 

Pemilik syarikat hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis.

3. Kesinambungan

Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat, pegangan saham boleh dijual atau ditukarkepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal dan masalah perwarisan boleh dielakkan.

4. Potensi Perniagaan

Syarikat sendirian berhad mempunyai potensi lebih besar untuk berkembang berbanding dengan syarikat milikan tunggal. Pihak luar lebih mempercayai dengan adanya laporan audit dan boleh menambah modal pelaburan.

5 Kadar cukai yang rendah. 

Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.